Polisi Privasi

PRINSIP PRIVASI UNILEVER

Unilever mengutamakan privasi anda. Lima prinsip berikut menyokong pendekatan kami dalam menghormati privasi anda.

  1. Kami menghargai kepercayaan yang anda tunjukkan kepada kami dengan menghantar maklumat peribadi anda. Kama akan sentiasa menggunakan maklumat peribadi anda dengan wajar dan sesuai dengan kepercayaan yang telah diberikan.
  2. Anda mempunyai hak ke atas maklumat yang jelas mengenai cara maklumat peribadi anda digunakan. Kami sentiasa telus dengan apa sahaja maklumat yang kami terima, apa yang kami lakukan dengan maklumat itu, sebarang perkongsian dengan mana-mana pihak dan siapa yang anda boleh hubungi jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.
  3. Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai penggunaan maklumat peribadi anda, kami akan memberi kerjasama untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan secepat mungkin.
  4. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga dan melindungi maklumat peribadi anda daripada disalahgunakan.
  5. Kami akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan dan kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa perlindungan data. Jika tidak terdapat undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami akan mengikut prinsip-prinsip yang perlindungan data yang sudah diakui umum.

 

POLISI PRIVASI UNILEVER

Kemaskini terakhir: Disember 2012

Unilever mengutamakan privasi dan maklumat peribadi anda terjaga dan dilindung. Polisi Privasi ini menjelaskan apa maklumat-maklumat peribadi yang kami kumpul dan bagaimana maklumat-maklumat tersebut digunakan, didedahkan dan dilindung.

Apakah yang dilindung oleh Polisi Privasi ini?

Polisi Privasi ini adalah berkaitan dengan maklumat peribadi yang dikumpul oleh syarikat-syarikat di bawah Unilever Group berhubung dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat lanjut mengenai Unilever Group boleh diperolehi di http://unilever.com/aboutus/. Polisi Privasi ini menrangkumi maklumat yang dikumpul secara offline menerusi Careline dan pusat panggilan konsumer kami, laman jenama kami di landasan-landasan pihak ketiga dan persisian yang dilayari atau digunakan melalui laman-laman web atau landasan pihak ketiga yang dikendalikan oleh atau bagi pihak Unilever Group ("Laman Unilever"). Polisi Privasi ini dengan ini dimasukkan dan membentuk sebahagian dari terma-terma dan syarat-syarat penggunaan Laman Unilever yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat Unilever Group yang bertanggung jawab ke atas perlindungan maklumat peribadi anda, sila lihat bahagian Hak privasi anda dan siapa yang perlu dihubungi di bawah.

Polisi Privasi ini tidak merangkumi:

  • maklumat yang dikumpul oleh laman web, landasan dan/atau perisian pihak ketiga ("Laman Pihak Ketiga") yang tidak dikawal oleh pihak kami;
  • maklumat yang dikumpul oleh Laman Pihak Ketiga yang anda layari melalui pautan-pautan di laman web Unilever; atau
  • banner, loteri dan lain-lain iklan atau promosi-promosi di Laman Pihak Ketiga yang ditaja atau disertai oleh pihak kami.

Laman Pihak Ketiga yang tersebut di atas mungkin mempunyai polisi privasi serta terma-terma dan syarat-syarat yang tersendiri. Kami menggalakkan anda untuk membaca polisi privasi serta terma-terma dan syarat-syarat tersebut sebelum menggunakan mana-mana Laman Pihak Ketiga.

Kebenaran anda

Unilever tidak akan mengumpul, mengguna atau mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda. Selalunya, kami akan memohon kebenaran anda secara jelas tetapi, bagi sesetengah kes, kami mungkin akan membuat kesimpulan akan keizinan anda menerusi tindakan dan tingkah laku anda. Dengan menggunakan Laman Unilever, anda bersetuju dengan syarikat Unilever Group yang berkenaan untuk mengumpul, mengguna dan mendedah maklumat peribadi anda tertakluk kepada Polisi Privasi ini. Kami akan memohon kebenaran tambahan daripada anda jika maklumat peribadi anda diperlukan untuk tujuan yang tidak terkandung di dalam Polisi Privasi ini. Anda tidak perlu memberi kebenaran tambahan ini tetapi jika anda tidak memberi kebenaran tambahan tersebut, penglibatan anda di dalam sesuatu aktiviti tertentu mungkin akan dihadkan. Jika anda memberi kebenaran tambahan, terma-terma berkaitan dengan kebenaran tersebut akan diguna pakai sekiranya bercanggah dengan terma-terma Polisi Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan cara maklumat peribadi anda dikumpul, diguna dan didedahkan, anda diminta untuk tidak menggunakan Laman Unilever atau memberi maklumat peribadi anda kepada Unlever.

Kanak-kanak

Majoriti Laman Unilever direka dengan tujuan untuk digunakan oleh orang dewasa. Di mana terdapat Laman Unilever yang bertujuan untuk digunakan oleh pengguna muda, dan di mana wajar atau dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan-peraturan perlindungan data, kami akan memohon kebenaran dari pihak ibu bapa atau penjaga sebelum mengumpul maklumat peribadi (umur kebenaran ibu bapa dikehendaki adalah berbeza di lain-lain negara). Jika anda adalah kanak-kanak yang melebihi umur di mana kebenaran ibu bapa dikehendaki di negara tempat tinggal anda, anda perlu menyemak terma-terma Polisi Privasi ini dengan ibu bapa atau penjaga anda untuk memastikan bahawa anda memahami dan bersetuju dengan Polisi Privasi ini.

Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpul maklumat peribadi tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga di mana kebenaran tersebut perlu diterima terlebih dahulu, kami akan memadam maklumat tersebut secepat mungkin. Akses ke sesetengah bahagian Laman Unilever dan/atau kelayakkan untuk menerima hadiah, barangan contoh atau lain-lain ganjaran mungkin terhad kepada pengguna di atas umur yang tertentu. Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengesahkan umur anda dan menguatkuasakan sebarang sekatan had umur.

Apakah maklumat yang dikumpul?

Berdasarkan Polisi Privasi ini, "maklumat peribadi" anda bermaksud maklumat atau sebahagian daripada maklumat yang boleh mengenalpasti identiti anda. Ini biasanya merangkumi maklumat seperti nama, alamat, nama skrin, gambar profil, alamat emel dan nombor telefon anda dan mungkin juga termasuk maklumat seperti alamat IP, amalan beli-belah, pilihan dan maklumat mengenai gaya hidup atau pilihan seperit hobi dan minat anda. Kami mungkin juga akan mungumpul maklumat mengenai anda daripada pelbagai sumber-sumber berlainan, termasuk:

  • Maklumat yang anda beri secara terus-menerus

    Kami mungkin akan mengumpul maklumat secara terus-menerus daripada anda apabila anda memberi maklumat peribadi, sebagai contoh, bila anda mendaftar untuk cabutan hadiah atau peraduan, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan perisian, membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, mengisi borang kajian, atau membuat komen atau pertanyaan. Jenis-jenis maklumat yang mungkin kami kumpul secara terus-menerus daripada anda termasuk:

    • nama
    • alamat
    • alamat emel
    • nama pengguna
    • nomor telefon
    • maklumat kad kredit atau lain-lain cara pembayaran
    • umur
    • tarikh lahir
    • jantina
    • kandungan yang dijana pengguna, penyiaran dan lain-lain kandungan yang anda hantar ke Laman Unilever
    • apa-apa maklumat peribadi lain yang anda hantar secara sukarela kepada kami
  • Maklumat yang dikumpul secara automatik apabila anda menggunakan Laman Unilever

    Kami menggunakan “cookies” dan peralatan lain (seperti alat analisis web dan tag piksel) untuk mengumpul maklumat mengenai anda apabila anda menggunakan Laman Unilever, tertakluk kepada terma-terma Polisi Privasi ini serta undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data yang berkenaan. Jenis-jenis maklumat yang mungkin kami kumpul secara automatik termasuk:

    • maklumat mengenai jenis pelayar web yang anda gunakan
    • butir-butir mengenai laman web yang anda pernah layari
    • alamat IP anda
    • pautan “hyperlinks” yang anda pernah klik
    • nama pengguna anda, gambar profil, jantina, rangkaian dan maklumat-maklumat lain yang anda pilih untuk dikongsi di Laman Pihak Ketiga (seperti bila anda menggunakan fungsi butang “like” di laman Facebook atau fungsi butang +1 di laman Google+)
    • laman-laman web yang anda layari sebelum melayari Laman Unilever

    Kebanyakkan pelayar web disediakan dari awal untuk menerima "cookies". Anda boleh menukar tetapan untuk menghalang "cookies" atau untuk memberi amaran kepada anda apabila "cookies" dihantar ke peranti anda. Penggunaan Laman Unilever mungkin akan terjejas jika anda menghentikan fungsi penerimaan "cookies".

  • Maklumat yang dikumpul dari sumber-sumber lain

    Kami mungkin akan menerima maklumat peribadi mengenai anda daripada sumber-sumber lain yang telah diberi kebenaran oleh anda. Maklumat tersebut mungkin termasuk maklumat daripada sumber-sumber yang diperolehi secara komersil, seperti pangkalan data awam dan penyepadu data, dan maklumat daripada pihak ketiga. Jenis-jenis maklumat yang mungkin kami kumpul daripada sumber-sumber laing termasuk:

    • nama anda
    • alamat jalan
    • umur
    • amalan beli-belah
    • pilihan dan maklumat mengenai gaya hidup dan minat
    • maklumat yang boleh diperolehi umum seperti kandungan dijana pengguna, blog dan hantaran, sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang

Bagaimanakah maklumat peribadi anda digunakan?

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • memperbaiki produk kami dan pengalaman penggunaan Laman Unilever. Maklumat lanjut.

    Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

    • menilai penggunaan Laman Unilever, produk dan perkhidmatan
    • menganalisa keberkesanan iklan, peraduan dan promosi kami
    • mengindividukan pengalaman laman web kami, serta menilai (tanpa dikenali dan di dalam penyepadu data) statistik aktiviti laman web, seperti waktu dilawat, samada anda pernah melawat sebelum ini dan laman yang merujuk anda ke laman web kami
    • memudahkan pengendalian Laman Unilever dan menyesuaikan Laman Unilever dan produk kami dengan kehendak dan minat anda
    • mempercepatkan aktiviti masa hadapan dan pengalaman penggunaan Laman Unilever. Sebagai contoh, sesebuat laman web boleh mengenalpasti bahawa anda telah memberi maklumat peribadi anda dan maklumat tersebut tidak akan diminata lagi buat kali kedua
    • mengumpul maklumat mengenai peranti yang anda guna untuk melayari Laman Unilever, seperti alamat IP anda atau jenis pelayar web atau sistem operasi yang digunakan, dan mengaitkan maklumat ini dengan maklumat peribadi anda untuk memberi pengalaman penggunaan Laman Unilever yang terbaik kepada anda
  • menghubungi anda mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin bersesuaian dengan minat anda, jika anda telah memberi kebenaran kepada kami untuk menghubungi anda atau anda telah sebelum ini memohon sesuatu produk atau perkhidmatan dari kami dan komunikasi ini berkaitan atau berhubung dengan permintaan tersebut dan dilakukan di dalam jangka masa yang dibenarkan oleh undang-undang. Maklumat lanjut.

    Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

    • mencadangkan produk atau perkhidmatan (termasuk produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan) yang mungkin anda berminat
    • memberi peluang untuk anda menyertai apa-apa peraduan atau promosi
    • anda boleh berhenti menerima komunikasi daripada kami pada bila-bila masa. Sebarang komunikasi pemasaran secara langsung yang dihantar akan disertakan dengan maklumat dan cara untuk anda hentikan
  • menghantar produk atau perkhidmatan yang anda telah memohon kepada kami. Maklumat lanjut.

    Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

    • tujuan peraduan atau promosi yang anda sertai
    • menghantar maklumat, produk atau contoh barangan yang anda telah memohon
    • untuk menjawab sebarang pertanyaan atau komen anda

Di mana kami mengumpul maklumat peribadi anda untuk tujuan tertentu, maklumat peribadi anda tidak akan disimpan setelah tujuan maklumat tersebut dicapai, melainkan kami mempunyai sebab-sebab undang-undang atau perniagaan yang sah. Untuk mengelakkan maklumat peribadi dari di musnahkan secara tidak sengaja atau dengan niat jahat, apabila maklumat dipadam dari perkhidmatan kami, kami mungkin tidak akan memadam salinan tinggalan dari server kami atau mengeluarkan maklumat dari sistem sandaran kami dengan serta merta.

Servis Mesej Mudah Alih
Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih

Kami mungkin akan menyediakan perkhidmatan di mana anda boleh menerima teks atau lain-lain jenis pesanan dari Unilever (seperti perkhidmatan pesanan ringkas, atau SMS, perkhidmatan pesanan dipertingkat, atau EMS, dan perkhidmatan pesanan multimedia, atau MMS) di peranti mudah alih atau tanpa wayar anda (“Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih”). Jika anda melanggan mana-mana Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih kami, anda bersetuju untuk menerima pesanan-pesanan daripada Unilever di alamat atau nombor mudah alih yang telah anda berikan untuk tujuan berkenaan (melainkan dan sehingga anda memilih untuk tidak lagi menerima pesanan-pesanan tersebut melalui cara yang tertera di bahagian Hak privasi anda dan siapa yang perlu dihubungi di bawah).

Anda memahami bahawa anda akan dikenakan kadar bayaran standard oleh penyedia khidmat tanpa wayar anda, dan anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan mengikuti cara yang tertera di bahagian Hak privasi anda dan siapa yang perlu dihubungidi bawah. Jika terdapat yuran yang dikenakan pada invois akaun perkhidmatan tanpa wayar anda, anda bersetuju untuk kami menerima bayaran daripada anda dan memberikan maklumat berkaitan pembayaran anda kepada penyedia khidmat tanpa wayar anda. Anda mengakui bahawa anda adalah pemilik atau pengguna yang sah untuk meluluskan bayaran yuran yang berkenaan. Di samping memenuhi sebarang sekatan umur serta mana-mana terma-terma dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih, anda mungkin dikehendaki untuk mendaftar maklumat peribadi seperti nama, pesanan teks, alamat tanpa wayar dan nombor telefon mudah alih anda. Kami juga mungkin akan mengumpul tarikh, waktu dan kandungan pesanan-pesanan anda selama anda menggunakan Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih kami. Kami akan menggunakan maklumat yang dikumpul melalui Perkhidmatan Mudah Alih tertakluk kepada Polisi Privasi ini. Harap maklum bahawa penyedia khidmat tanpa wayar anda atau mana-mana penyedia perkhidmatan yang lain mungkin juga akan mengumpul data mengenai penggunaan pernati tanpa wayar anda, dan pengendalian meraka adalah tertakluk kepada polisi-polisi mereka sendiri.

Anda mengakui dan setuju bahawa Perkkhidmatan Pesanan Mudah Alih kami disediakan menerusi sistem mudah alih yang menggunakan radio (atau kaedah lain) untuk menyampaikan komunikasi melalui rangkaian yang kompleks. Kami tidak menjamin penggunaan Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih adalah sulit atau terlindung, dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kekurangan privasi atau keselamatan yang mungkin anda alami. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengambil langkah-langkan pencegahan dan menyediakan langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian dengan keadaan dan tujuan anda menggunakan Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih. Kami mungkin juga akan mengakses kandungan akaun tanpa wayar dan/atau telefon mudah alih anda dengan penyedia khidmat mudah alih anda untuk tujuan mengenalpasti dan meyelesaikan masalah teknikal dan/atau aduan berkaitan dengan perkhidmatan.

Dengan siapakah maklumat peribadi anda dikongsi?

Secara amnya, kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak di luar Unilever Group. Walaubagaimanapun, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga yang dipercayai. Maklumat lanjut.

Kami mungkin akan berkongis maklumat peribadi anda dengan:

  • agensi-agensi pengiklanan, pemasaran dan promosi kami untuk tujuan menghantar dan menganalisa keberkesanan kempen-kempen dan promosi-promosi kami.
  • pihak ketiga yang diperlukan untuk menghantar produk atau perkhidmatan kepada anda, seperti khidmat penghantaran atau pos untuk menghantar produk yang dipesan oleh anda
  • penguatkuasa undang-undang atau kerajaan yang telah menuruti proses undang-undang yang berkenaan untuk memohon maklumat anda didedahkan
  • pihak ketiga yang ingin menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka, hanya jika anda telah member kami kebenaran yang sewajarnya
  • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti perkhidmatan pemprosesan data, kepada Unilever
  • penyedia alat penganalisa web, seperti Google atau Unica

Kami mungkin juga akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat-syarikat, organisasi-organisasi atau individu-individu di luar Unilever Group jika kami percaya pendedahan maklumat peribadi anda adalah perlu untuk tujuan perundangan.

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda untuk:

  • menguatkuasakan terma-terma pengunaan Laman Unilever yang berkenaan
  • membuat penyiasatan ke atas kemungkinan berlakunya sebarang pelanggaran undang-undang yang berkenaan
  • mengesan, mengelakkan dan melindungi dari berlakunya penipuan dan sebarang kelemahan teknikal dan keselamatan
  • mematuhi undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkenaan, bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan undang-undang dan memenuhi permintaan penguatkuasaan pihak kerajaan

Jika kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kami dengan sedaya-upaya akan memastikan maklumat peribadi anda dilindungi, langkah-langkah wajar diambil untuk melindungi maklumat peribadi anda dan maklumat peribadi anda digunakan selaras dengan Polisi Privasi ini serta mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data yang berkenaan. Unilever tidak menjual maklumat peribadi, kecuali kepada entiti di mana kami lupuskan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami (seperti berkaitan dengan jualan jenama kami), atau berkaitan dengan penggabungan, penyatuan, penukaran kuasa, penyusunan semula atau pembubaran kesemua atau sebahagian daripada perniagaan kami.

Pindahan maklumat peribadi

Kami mungkin akan memindahkan maklumat peribadi anda ke server komputer yang terletak di luar negara tempat tinggal anda atau ke rakan sekutu atau pihak ketiga yang dipercayai di negara lain untuk memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami. Dengan menggunakan Laman Unilever atau dengan memberi maklumat peribadi anda kepada Unilever, anda bersetuju dengan sebarang pindahan maklumat peribadi yang munngkin kami lakukan tertakluk kepada terma-terma di dalam Polisi Privasi ini serta mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan perlindungan data.

Harap maklum bahawa banyak negara yang tidak menyediakan perlindungan undang-undang ke atas maklumat peribadi seperti yang wujud di negara tempat tinggal anda. Sementara maklumat peribadi anda berada di negara lain, maklumat tersebut mungkin akan diakses oleh mahkamah, penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa keselamatan negara negara luar berkenaan tertakluk kepada undang-undang negara tersebut. Jika terdapat permintaan untuk akses secara sah seperti yang tersebut di atas, kami berjanji untuk memastikan mana-mana pihak yang memproses maklumat peribadi anda di luar negara tempat tinggal anda dikehendaki untuk melaksanakan langkah-langkah wajar untuk melindungi maklumat peribadi anda dan kebenaran untuk memproses hanya diberi menurut arahan Unilever.

Perlindungan maklumat peribadi

Kami mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi anda dan semua pihak ketiga yang mengendali atau memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami dikehendaki untuk mengambil langkah yang sama. Akses ke maklumat peribadi anda adalah terkawal untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian atau penyalahgunaan dan kebenaran hanya diberikan kepada pekerja dan agen kami atas dasar jika perlu,

Hak privasi anda dan siapa yang perlu dihubungi

Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kemusykilan mengenai cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami menerusi pautan Contact Us pada Laman Unilever yang telah membawa anda ke Polisi Privasi ini. Permintaan anda akan dikemukakan kepada syarikat Unilever Group yang berkenaan. Atau, sila layari www.unilever.com, pilih negara yang berkenaan dan klik pada pautan Contact Us. Permintaan anda akan dikemukakan kepada syarikat Unilever Group yang berkenaan.

Anda berhak untuk memaklumkan kepada kami jika anda:

  • tidak mahu dihubungi oleh kami pada masa hadapan
  • inginkan salinan maklumat peribadi anda yang kami perolehi
  • ingin memperbetul, mengemaskini atau memotong maklumat peribadi anda di dalam rekod kami
  • ingin melaporkan sebarang penyalahgunaan maklumat preibadi anda

Untuk membantu kami menyelesaikan permintaan anda, sila sediakan nama penuh dan butir-butir peribadi anda kepada kami.

Pindaan kepada Polisi Privasi kami

Kami mungkin akan membuat pindaan kepada Polisi Privasi ini dari masa ke semasa dengan menyiarkan versi yang telah dikemaskinikan di laman-laman web Unilever. Anda akan diberi notis yang sewajarnya mengenai sebarang pindaan yang berkenaan. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman-laman web Univeler untuk sentiasa dimaklumkan mengenai cara maklumat peribadi anda digunakan.

Polis privasi lain Unilever

Selain daripada Polisi Privasi ini, mungkin terdapat juga kempen-kempen atau promosi-promosi lain yang tertakluk dibawah polisi-polisi atau terma-terma privasi tambahan. Kami menggalakkan anda untuk membaca kesemua terma-terma dan polisi-polisi tambahan ini sebelum menyertai sebarang kempen atau promosi kerana kesemua terma-terma dan polisi-polisi ini perlu dipatuhi. Sebarang terma-terma atau polisi-polisi tambahan akan jelas diketengahkan kepada anda.